Forum In-Christ.Net
Welcome, Guest. Please login or register.
November 23, 2024, 09:52:10 PM

Login with username, password and session length
Search:     Advanced search
Dear In-Christ.Netters, pengkategorian forum ICN mulai Juni 2015 telah dirombak. Beberapa board kini telah disatukan untuk meningkatkan efektivitas dan kenyamanan dalam menjelajahi dan berpartisipasi di forum ini.

Silakan berikan masukan/saran bagi kemajuan forum ini di http://www.in-christ.net/forum/index.php/board,3.0.html
2910 Posts in 832 Topics by 4096 Members
Latest Member: JeorgeSmith
* Home Help Search Login Register
+  Forum In-Christ.Net
|-+  Teologi
| |-+  Teologi (Moderators: ayub, amidya)
| | |-+  Kesalahan dalam bible
0 Members and 2 Guests are viewing this topic. « previous next »
Pages: 1 2 [3] Go Down Print
Author Topic: Kesalahan dalam bible  (Read 27784 times)
erusi
Lahir baru
*

Karma: 1
Offline Offline

Posts: 43


View Profile
« Reply #30 on: September 21, 2012, 04:08:33 AM »

Bagaimana bisa memastikan apa pesan utama dan bagaimana bisa yakin bahwa itulah pesan utamanya?

Justru karena kitab-kitab dalam Alkitab ditulis oleh banyak orang (bukan hanya 1 orang) dan dalam rentang waktu yang sangat panjang.

Taurat Musa ditulis antara  1446 BCE and 1406 BCE, sementara penulisan injil adalah pada abad pertama, itu rentang waktu yang ribuan tahun memisahkan. Dan dalam waktu yang ribuan tahun itu ada puluhan kitab yang bertebaran, ditulis oleh penulis2 yang berbeda, di masa yang berbeda dan di tempat yang berbeda. Namun sebegitu banyaknya penulis, setiap tulisan bisa memiliki satu pertalian benang merah yang tidak terputus. Bagi saya ini adalah bukti yang sangat kuat, bahwa benar Alkitab yang saya pegang ini adalah Alkitab yang isinya diinspirasikan oleh Allah yang Esa.
Melihat kepada tulisan kamu ini, maka saya memahami bahawa kamu tidak memahami situasi yang ada pada hari ini. Penulis-penulis kitab asli yang berbeza pada masa dan lokasi yang berbeza itu sememangnya kita telah ketahui . Kitab asli itulah yang kita kenali sebagai autograph.
Namun sekarang apa yang pihak kristian ada? Autograph itu sudah tidak wujud lagi. Ianya sudah tidak dapat kita lihat untuk pihak kristian jadikan rujukan bagi mengesahkan sesuatu berkenaan dengan bible kristian itu. Yang ada pada hari ini adalah apa yang kita kenali sebagai manuskript-manuskript yang dikatakan sebagai salinan daripada autograph tersebut. Dan sekarang kita sudah dapat lihat bahawa manuskript-manuskript itu pula sudah ditemukan pertentangannya pada sesuatu ayat jika kita bandingkan antara manuskript dengan manuskript. Dan akibatnya pihak kristian terpaksa mengakuinya sebagai kesalahan penyalinan.
Then jika ini sudah diakui, maka bagaimana kamu pasti bahawa pesan yang ada di dalam manuskript yang kamu rujuk itu adalah masih menyamai pesan di dalam autographnya dalam keadaan autographnya itu sudah tidak dapat kamu lihat untuk dijadikan rujukan bagi pengesahannya??
Yes, sememangnya boleh jika kita ingin beranggapan iaitu Taurat yang ditulis oleh Musa boleh dikatakan mempunyai pesan yang sama dengan gospel-gospel yang ditulis oleh penulisnya kerana dikatakan penulis-penulis gospel itu menuliskan di bawah bimbingan roh kudus. Tetapi Taurat yang asal yang ditulis sendiri oleh Musa dan gospel-gospel yang ditulis sendiri oleh penulisnya itu sudah tiada sekarang ini. Yang ada adalah salinan-salinan yang disalin oleh penyalin-penyalin iaitu manuskript-manuskript. Justeru jika kita sudah menemukan sesuatu kepincangan di dalam salinan-salinan atau manuskript  yang disalin oleh penyalin-penyalin itu, maka bagaimana kamu pasti bahawa pesan yang disalin oleh penyalin di dalam manuskript itu adalah menyamai dengan pesan yang ditulis oleh Musa di dalam Taurat dan pesan yang ditulis oleh penulis-penulis gospel tersebut di dalam gospel-gospel mereka??? Bagaimana kamu pasti bahawa pesan yang disalin oleh si penyalin-penyalin itu tidak turut mengalami kepincangan iaitu kesalahan penyalinan seperti yang diakui oleh pihak kristian itu??

Namun menyadari adanya kemungkinan kesalahan2 oleh penyalin, dsb, saya tidak suka mempertentangkan bagian2 kecil dari Alkitab. Bila sampai pada hal yang menyinggung doktrin sekalipun, saya lebih suka pada nasehat Rasul Paulus yang mengatakan, jangan memikirkan yang terlampau tinggi bagimu, tapi kuasailah dirimu sesuai dengan iman yang dikaruniakan Allah kepadamu.
Persoalan saya adalah bagaimana kamu pasti bahawa nasihat yang diberikan oleh Paulus itu akan menjanjikan kesejahteraan kepada kamu di alam abadi kelak?? Apakah kamu hanya mengikuti nasihatnya tanpa melakukan penyelidikan berkenaannya terlebih dahulu?? Itulah yang dinamakan beriman secara membuta tuli.
Bagaimana pula dengan nasihat bible kamu iaitu “ujilah segala sesuatu”?? Apakah kamu menerima nasihat suatu yang lain dan mengabaikan pula nasihat suatu yang lain pada hal kedua-dua nasihat itu datangnya daripada bible kamu??

 
Jika anda percaya bahwa injil2 yang dituliskan oleh penulis pertamanya adalah asli, tidak terkorupsi, maka penanggalan arkeologi dari text2 originalnya adalah pada abad 1 dan awal-awal abad ke-2. Ini sangat kuat jika dipandang dari sisi keilmuan sejarah, karena pada masa itu masih ada saksi2 hidup yang bisa mengkoreksi kesalahan pada text2 tersebut. Sedangkan text2 yang sekarang bisa dibandingkan dengan text2 aslinya sendiri.
Ini adalah bukti2 bersejarah yang bila ditinjau dari sisi keilmuan, jauh lebih kuat dibandingkan catatan2 bersejarah mengenai kerajaan2 kuno di dunia.
Saya tidak memahami apa yang kamu cuba sampaikan dalam tulisan kamu ini. Mungkin kerana gaya bahasa pertuturan yang kamu gunakan. Saya mohon kamu memberikan penjelasan yang lebih terperinci apa yang ingin kamu katakan di dalam tulisan kamu ini.

 
Satu hal lagi yang perlu anda ketahui, para penyalin dan mereka yang memperbanyak tulisan2 dalam Alkitab, adalah orang2 yang takut akan Allah.
Bagaimana kamu pasti bahawa para penyalin itu adalah kelompok orang-orang yang takutkan Allah?? Saya melihat kamu perlu mengemukakan bukti atas dakwaan kamu ini. Jika kamu dapat membuktikan bahawa semua apa yang disalin oleh para penyalin itu adalah menyamai semua apa yang ditulis oleh penulis asal autographnya, then pada ketika itu barulah kamu boleh mendakwa bahawa para penyalin itu adalah kelompok orang-orang yang takutkan Allah, menyebabkan mereka tidak berani untuk mengubah sedikit pun ayat-ayat yang diinspirasikan oleh Allah.
Jika kamu hanya mendakwa semata-mata, then itu hanya akan memperlihatkan kepada dakwaan kosong semata-mata. Ini kerana tiada apa-apa yang dapat dijadikan pegangan untuk orang lain mempercayai apa yang kamu dakwakan itu.

Mereka memahami bahwa apa yang mereka tuliskan ini adalah satu pesan dari Allah kepada manusia, dengan iman seperti itu, mereka menuliskannya dalam kesungguh-sungguhan, bukan seperti orang yang bermain2.
Bagaimana kamu pasti bahawa para penyalin itu meyalinkan atau menuliskannya dalam kesungguh-sungguhan?? Sekali lagi saya melihat kamu perlu mengemukakan bukti atas dakwaan kamu ini. Jika kamu dapat membuktikan bahawa semua apa yang disalin oleh para penyalin itu adalah menyamai semua apa yang ditulis oleh penulis asal autographnya, then pada ketika itu barulah kamu boleh mendakwa bahawa para penyalin itu telah menyalinkannya secara bersungguh-sungguh, menyebabkan mereka tidak mengubah sedikit pun ayat-ayat yang diinspirasikan oleh Allah.
Jika kamu hanya mendakwa semata-mata, then itu hanya akan memperlihatkan kepada dakwaan kosong semata-mata. Ini kerana tiada apa-apa yang dapat dijadikan pegangan untuk orang lain mempercayai apa yang kamu dakwakan itu.
Itu juga sebabnya bisa saya katakan, hampir tidak ada perbedaan antara yang disalin dengan yang aslinya. Beda kalau masalah penerjemahan, dalam penerjemahan ke bahasa yang berbeda, mungkin akan sering dijumpai istilah2 yang akan kurang tepat padanannya tapi yang itu pun bisa didapatkan pemahaman yang lebih tepat, ketika pembacanya juga mempelajari text aslinya. Dan banyak para guru agama Kristen sekarang yang berlaku demikian.
Tulisan kamu ini sekali lagi memperlihatkan bahawa kamu tidak dapat memahami situasi yang ada pada hari ini. Kenyataannya sekarang adalah tulisan yang aslinya iaitu autographnya itu sudah tidak ada lagi. Yang ada pada kelompok kristian itu adalah hanya salinan iaitu manuskript semata-mata. Manuskript itu bukannya kitab asli iaitu autograph bagi bible kristian itu.
Justeru kamu tidak mampu untuk melakukan sebarang perbandingan antara yang disalin dengan yang aslinya. Yang kamu hanya mampu lakukan adalah kamu hanya dapat melakukan perbandingan antara yang disalin dengan yang disalin iaitu perbandingan antara manuskript dengan manuskript.
Dan inilah persoalannya iaitu dengan manuskript itu yang sudah ditemui dan diakui telah wujud kesalahan penyalinan terhadapnya maka bagaimana kamu pasti bahawa ayat-ayat lain di dalam manuskript itu adalah masih menyamai autographnya?? Sila fahami bahawa autographnya itu sudah tidak wujud lagi. Justeru bagaimana kamu pasti bahawa pesan di dalam manuskript itu menyamai pesan di dalam autograph yang tidak dapat kamu lihat itu??

 
Saya juga sering membaca Bible dalam bbrp versi dan saya tidak menemukan adanya penyimpangan. Yang ada hanyalah nuansa yang mungkin berbeda karena pilihan kata yang berbeda pada waltu menterjemahkan, namun apa maksud dari ayat itu sesungguhnya, bisa didapatkan dengan membaca beberapa versi, kalau perlu dicari juga penjelasannya dalam bahasa asli. Dan teknologi informasi sekarang, memungkinkan hal itu untuk dilakukan dengan jauh lebih mudah. Contohnya di Sabda.org ini, setiap kali baca satu ayat, akan ditampilkan sekarligus dalam bbrp versi.
Dan sekarang saya sudah menunjukkan kepada kamu ayat Lukas 3:33 yang terdapat dalam pelbagai versi itu yang setiap satu versi membawa makna yang berlainan. Rujuk kedua-dua versi Lukas 3:33 bi bawah.

Versi 1:
anak Aminadab, anak Admin, anak Arni, anak Hezron, anak Peres, anak Yehuda, (Lukas 3:33)
AlKitab Terjemahan Baru (LAI)

Versi 2:

Luke 3:33 [the son] of Amminadab, [the son] of Ram, [the son] of Hezron, [the son] of Perez, [the son] of Judah,
New King James Version

Jika kamu tidak melihatnya sebagai penyimpangan, then saya mempersilakan kamu memberikan penjelasan bagaimana kedua-dua versi Lukas 3:33 itu dapat dikatakan sebagai benar??

Jika kamu ingin melihat daripada manuskriptnya maka lihat di bawah,

Stephens 1550 Textus Receptus
tou aminadab tou aram tou esrwm tou fareV tou iouda

Scrivener 1894 Textus Receptus
tou aminadab tou aram tou esrwm tou fareV tou iouda


Byzantine Majority
tou aminadab tou aram tou esrwm tou fareV tou iouda

Semuanya tanpa "Admin".

Alexandrian
tou aminadab tou admin tou arni tou esrwm tou fareV tou iouda

Adanya "Admin"


Hort and Westcott
tou admin tou arni tou esrwm tou fareV tou iouda

Tanpa "Aminadab"

Semua ini dapat dilihat di http://www.greeknewtestament.com/B42C003.htm#V3

Lihat pula Kita lihat pula catatan Lukas 3:33 di dalam manuskript Codex Sinaiticus di bawah,

του    αδαμ
του    αδμιν
του    αρνει
του    εϲρωμ
του    φαρεϲ
του    ϊουδα


Maklumat ini dapat dilihat di link http://www.codex-sinaiticus.net/en/manuscript.aspx?=SubmitQuery&book=35&chapter=3&lid=en&side=r&verse=33&zoomSlider=0


Di dalam web tersebut jika kita lihat pada perkataan αδαμ, ianya juga bermaksud  ianya juga menjelaskan bermaksud Aminadab. Dari laman web itu menjelaskan bahawa manuskript Codex Sinaiticus juga menyamai manuskript Alexandrian iaitu kedua-dua catatan itu menyebutkan generasi Admin di dalam ayat Lukas 3:33 itu.

Terjemahan bagi Codex Sinaiticus ini boleh dilihat di link http://www.sinaiticus.com/   yang memaparkan "The New Testament translated from the Sinaitic Manuscript". Sila lihat di dalam "According to Luke   rev. 112905"


Terjemahan adalah seperti di bawah,


33 son of Aminadab, son of Admin, son of Arni, son of Hezron, son of Pharez, son of Judah,

Justeru sekali lagi, jika kamu tidak melihatnya sebagai penyimpangan, then saya mempersilakan kamu memberikan penjelasan bagaimana pelbagai versi Lukas 3:33 itu dapat dikatakan sebagai benar??
« Last Edit: September 21, 2012, 04:20:18 AM by erusi » Logged
Han1977
Lahir baru
*

Karma: 1
Offline Offline

Posts: 21



View Profile WWW
« Reply #31 on: October 04, 2012, 03:48:35 AM »

Jika Allah itu Maha Kuasa, jika Allah Maha Pengasih, akankan Dia mengijinkan pesannya diselewengkan oleh manusia? Tidakkah Dia akan memelihara pesan2Nya itu, demi kebaikan manusia yang Dia kasihi?
Logged

Please check my blog, its about wuxia atau cerita silat : http://hanmeng-pab.blogspot.com
erusi
Lahir baru
*

Karma: 1
Offline Offline

Posts: 43


View Profile
« Reply #32 on: October 06, 2012, 06:43:41 PM »

Jika Allah itu Maha Kuasa, jika Allah Maha Pengasih, akankan Dia mengijinkan pesannya diselewengkan oleh manusia? Tidakkah Dia akan memelihara pesan2Nya itu, demi kebaikan manusia yang Dia kasihi?


Jika tiada penyelewengan, maka bagaimana untuk kamu mengatakan satu ayat yang sama tetapi dalam pelbagai versi yang masing-masing memberikan makna yang saling berbeza antara satu sama lain itu sebagai semuanya benar??
Logged
Pages: 1 2 [3] Go Up Print 
« previous next »
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.8 | SMF © 2006-2008, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.038 seconds with 18 queries.